Wednesday 14 November 2012

FAKTA ILMU DAN ULAMA MENURUT AL-QURAN DAN HADIS

FAKTA ILMU

FAKTA ILMU DAN ULAMA MENURUT
AL-QURAN DAN HADIS NABI S.A.W

1. Orang yang suka belajar, dinaikkan kedudukannya (darjatnya) di sisi  Allah SWT.

2.  Orang yang paling takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya adalah golongan ulama (sama ada pakar dalam bidang Usuluddin, Syariah Islam, ilmu linguistik, astronomi dan lain-lain).

3.     Ilmu menjadikan seseorang itu mulia dan menaikkan taraf manusia kepada golongan Muttaqin (Orang yang bertakwa).

4. Ilmu mendorong manusia untuk beramal dalam segenap bentuk dan caranya.

5.  Ilmu fardu 'Ain mendorong seseorang itu untuk memperdalami al-Quran serta yang berkaitan dengannya di samping menjiwai hadis-hadis baginda Rasulullah.

6.    Orang yang tidak duduk dalam majlis ilmu selama 40 hari, akan ditulis di sisi Allah sebagai manusia yang memiliki hati yang keras dan berani melakukan dosa-dosa besar.

7.  Nabi berpesan agar seboleh-bolehnya umat Islam menjadi orang yang cukup faham akan selok-belok agama, kalau tidak mampu berbuat demikian, dinasihatkan agar jadi orang yang suka belajar/ kalau tidak pun jadi orang yang suka mendengar majlis-majlis ilmu atau menjadi golongan keempat iaitu cinta kepada ketiga-tiga golongan di atas dan bukannya jadi penghalang agar majlis ilmu disekat dan tidak diberi laluan mudah untuk diajarkan kepada orang ramai, golongan seumpama ini akan menerima akibat yang negatif daripada Allah secara tunai di dunia.                                    

8.     Orang yang berilmu bertanggungjawab terhadap ilmu yang dipelajarinya iaitu dengan rasa amanah untuk menyampaikan ilmu, sentiasa bertanggungjawab ke atas masalah masyarakat, mengembalikan kemuliaan Islam, bersikap rendah diri dan beramal mengikut kesesuaian ilmu. Orang yang berilmu sentiasa berusaha dengan gigih menjalankan amar makruf dan mehcegah kemungkaran dalam apa jua keadaan.

9. Orang yang berilmu sentiasa berusaha menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai ikutan dan contoh teladan dan meyakini kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w

10. Orang yang berilmu menjadikan para Sahabat, Tabi'in dan tokoh-tokoh ilmuan sebagai model inspirasi dalam memperjuangkan Islam.

No comments:

Post a Comment