Sunday 23 December 2012

Al-Quran Melaknat Pembacanya?


Al-Quran Melaknat Pembacanya

“ dan tidak ada Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! orang-orang Yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka, dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-nabi, dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): "Inilah orang-orang Yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka". ketahuilah (Sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang Yang zalim  (Surah Hud:18)

Dalam tidak sedar sekiranya manusia yang zalim membaca ayat tersebut,mereka sedang melaknat diri sendiri.Oleh itu bagi tidak terjadi demikian,hendaklah mereka berusaha menghindarkan daripada menjadi orang zalim dan berusaha kembali semula menjadi orang Mukmin yang bertaqwa.

Jangan berlaku zalim kepada orang lain dengan menyakiti mereka atau mengguris perasaan mereka,dan jangan menzalimi diri sendiri dengan tidak melaksanakan segala perintah Allah berdalilkan hokum seperti yang ditegaskan dalam al-Quran.

Al-Quran adalah kitab wahyu daripada Allah,membacanya tidak serupa dengan membaca buku atau kitab biasa.Ada peraturan dan adab-adab sesuai dengan statusnya sebagai wahyu yang datang daripada Allah.

Sedangkan mendengar titah sultan mempunyai  tata cara tertentu,iaitu perlu duduk sama ada di dewan undangan negeri atau parlimen.Hendak masuk dewan tidak boleh berpakaian seperti hendak ke kedai,tetapi dengan pakaian rasmi.Duduk dengan penuh hormat cukup lengkap dengan adab adat diraja .

Inilah antara peraturan apabila mendengar titah diraja,peraturan yang dikarang dan digubal oleh manusia untuk untuk menghormati seorang raja dalam kalangan manusia.

Sedangkan al-Quran datang daripada Allah,lebih mustahak lagi untuk menghormatinya,adab yang pertama sayugia diingatkan kepada orang yang hendak membaca al-Quran adalah mesti mempunyai wuduk.

Boleh dan tidak berdosa al-Quran tanpa wuduk,tetapi di sisi Islam orang itu dianggap tidak beradab (biadab) dengan kitab al-Quran,wahyu Allah yang paling mulia.

Selain dalam keadaan berwuduk,antara adab membaca al-Quran adalah duduk mestilah dengan duduk yang sopan dan beradab.Al-Quran yang disanjung tinggi maka menghadapnya mesti dengan penuh kesopanan sama ada membaca dengan berdiri atau duduk bersimpuh.

Sebaiknya duduk dengan menghadap kiblat dengan keadaan kepala tunduk,tidak duduk dalam keadaan bersila (mutarabbi`) kerana duduk bersila dianggap duduk orang yang membesar diri (bagi masyarakat Arab).

Berbeza dengan masyarakat Nusantara duduk bersila dianggap cara duduk paling beradab,tidak mengapa jika hendak ditinggal cara budaya Nusantara dan kembali kepada”duduk sunnah” (duduk bersimpuh).

Bagi masyarakat Nusantara tidak menganggap duduk bersila sebagai duduk orang yang angkuh,hanya duduk “paut sila” (meletakkan betis kanan di atas sebahagian peha kiri) seperti duduknya seorang pendekar yang angkuh itu sahaja yang dianggap bangga diri.

Allah memuji hamba-Nya yang membaca Al-Quran dalam firmannya:

“Iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring,dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):`Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami daripada siksa neraka.` (Surah Ali-Imran: 191)

Pada ayat ini Allah memuji orang yang mengingati-Nya sambil berdiri,kerana membaca al-Quran sambil berdiri ialah ketika solat.Ertinya jika hendak mendapat pahala yang terbanyak kena ambil wuduk dahulu,kemudian diturutiibadah solat dengan tujuan supaya dapat membvaca Al-Quran ketika solat.Itulah ketikanya yang paling afdal Tuhan beri peluang mendapat pahala yang banyak.


Petikan : Mauidzah TGNANM

Thursday 13 December 2012

AURAT WANITA ISLAM DENGAN WANITA BUKAN ISLAM


AURAT(2)

AURAT WANITA ISLAM

DI HADAPAN WANITA BUKAN ISLAM


Terdapat banyak khilaf di kalangan ulamak tentang aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir;


Aurat Wanita Mengikut Mazhab
a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); “aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi”

b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki :  “aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan”. 


Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.

c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; “sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam iaitu antara pusat dan lutut” (mengikut pandangan jumhur ulamak).


Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki.  Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”.


Aurat Wanita Mengikut Akhlak
Ada sebahagian ulamak tidak mengkategorikan aurat wanita sesama wanita dengan kategori Islam dan kafir, akan tetapi dengan kategori baik atau jahat, berakhlak atau tidak berakhlak; 

a) Wanita yang dikenali berakhlak dan baik; harus membuka hijab di hadapannya sama ada ia Islam atau kafir (yakni sekadar yang harus dibuka di hadapan mahram).

b) Wanita yang dikenali sebagai jahat dan tidak berakhlak; tidak harus membuka hijab di hadapannya melainkan sekadar memperlihatkan muka dan tangan sahaja, tanpa mengira wanita itu Islam atau kafir. Begitu juga, jika berhadapan wanita yang tidak dikenali. Jadi, tatkala berhadapan dengan wanita yang jahat dan tidak berakhlak (sama ada ia Islam atau kafir) atau wanita yang tidak dikenali, tidak harus seorang muslimah mendedahkan tubuhnya melainkan sekadar muka dan tangan sahaja, iaitu sama seperti ketika ia berhadapan lelaki ajnabi.

Wallahu a’lam.

Friday 7 December 2012

Soal Dan Jawab Orang Bukan IslamTerhadap Kebenaran Islam


Soal Dan Jawab
Orang Bukan IslamTerhadap Kebenaran Islam

Sebelum wafatnya Nabi Muhammad saw, Allah telah sempurnakan wahyunya kepada baginda dan redha hanya Islam itu sebagai agama yang diterima di sisi Allah. Kisah ini telah terlakar dalam sirah junjungan besar SAW semasa melakukan ibadah Haji yang terakhir pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah yang juga berlakunya peristiwa Haji Wida’ di Lembah Uranah, Bukit Arafah. Satu Amanat penting terangkum dalam satu khutbah perpisahan Rasulullah yang dikenali sebagi Khutbah Arafah”.

Sebagai seorang Islam kita kena yakin apa jua masalah persoalan dan keraguan terhadap Islam yang dikemukan oleh orang bukan Islam apatah lagi musuh-musuh Islam, pastinya ada jawapan. Peranan inilah yang digalas oleh para ulamak dan cendikiawan Islam bagi memecahkan kebuntuan seterusnya menjelaskan jawapan yang bernas berlandaskan syariyah selepas wafatnya Nabi SAW.

Kita sebagai orang awam tidak seharusnya meletakkan persoalan-persoalan yang diketengahkan oleh orang bukan Islam yang mungkin dalam nada memperlekeh agama Islam didiamkan begitu sahaja. Sewajibnya kita hendaklah bersedia untuk menjawabnya secara bijaksana dengan memberi penjelasan yang murni berpandukan ilmu daripada para ulama pewaris Nabi.  Hanya ilmu di dada sebagai penentu jawapan untuk membidas persoalan dan keraguan yang sengaja ditimbulkan oleh orang bukan/musuh Islam terhadap kebenaran Islam.

Ada di antara mereka yang bertanya kerana ingin tahu dan tidak kurang yang sebaliknya bertujuan membuatkan dan menghasut orang Islam yang cetek ilmu Islamnya menjadi was-was dengan agama Islam.

Di bawah ini  disajikan beberapa persoalan dan jawapan yang pernah ditanyai oleh orang bukan Islam semasa berdialog dengan orang Islam. Semoga jawapan daripada dialog yang berlaku ini boleh membantu kita umat Islam membidas persoalan berkaitan, Insya Allah.
  
15 Soal Dan Jawab
No-Muslim VS Muslim
Soalan (1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Jawapan
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

Soalan (2) Nama Nabi Isa lebih banya disebut daripada nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran. Tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Jawapan
Dalam Bible, nama syaitan lebih banyak daripada nama Nabi Isa. Jadi, adakah syaitan lebih hebat daripada Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan Nabi dan RasulNya. Walaubagaimanapun, Allah lebih Maha Mengetahui.

Soalan (3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja Nabi Isa itu Tuhan kan?

Jawapan
Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”. (Kitab Injil yang menjadi rujukan pengganut Kristian sekarang ini sebenarnya telah dimanipulasi isi kandungannya)

Soalan (4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Jawapan
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Contohnya, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulung masih hidup, anak sulung tetap kekal pangkatnya sebagai yang sulung.

Soalan (5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Jawapan
Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak menyembah Mariam saja? Bukankah Mariam itu ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam merupakan manusia pertama juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga. Jadi, kenapa tidak disembah Adam saja?

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. -Surah Al-Imran, ayat-59.

Soalan (6) Jika membaca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa? Bukankah maksud 'Kami' itu mewakili 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?

Jawapan
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Bukankah Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'?

Soalan (7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Jawapan
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

Soalan (8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam disuruh membunuh binatang untuk dimakan? Bukankah itu zalim kerana membunuh hidupan bernyawa?

Jawapan
Sains telah membuktikan bahawa sayur dan pokok turut mempunyai nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Apabila kita membunuh (sembelih) seekor lembu, sebenarnya kita telah menyelamatkan banyak nyawa manusia daripada mati kelaparan.

Soalan (9) Sami Buddha menjawab "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria. Bunuh binatang dosa besar"

Jawapan
Habis tu, adakah kita cuma berdosa kecil jika membunuh orang yang pekak, buta, dan bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

Soalan (10) Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jawapan
Jadi, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.

Soalan (11) Sami Buddha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Jawapan
Sebenarnya, penyakit datang kerana kita banyak makan. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Nabi juga suruh berhenti makan sebelum kenyang. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Bukankah tembakau dan ganja itu juga berasal dari tumbuhan? Lagi besar penyakitnya. Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan.

Soalan (12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Jawapan
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Jika begitu, batu dan kayu juga ciptaan Allah. Manusia juga ciptaan Allah. Nak jadi kanibal?

Soalan (13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Jawapan
Islam bukan sembah Kaabah. Tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Ada bezanya. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah di sejadah. Jika ada sepanduk gambar Kaabah direntangkan di KLCC sekalipun, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

Soalan (14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw? Nabi dan Rasul sebelum baginda itu sesatkah?

Jawapan
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus adalah untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan (15) Apa bukti Allah wujud? Mana Allah? Tak nampak pun.

Jawapan
Tampar saja muka orang tu,  Kemudian cakap, sakit itu wujud dan boleh dirasa, tapi adakah kita nampak sakit itu? Begitu juga dengan kewujudan Allah. Allah itu wujud dan kita boleh rasa nikmat pemberian-Nya, tapi kita tak boleh nampak Allah.

Nota :  Info Artikel ini dipetik, diolah dan disunting semula daripada facebook.

Kredit kpd : http://www.szlihin.com/2012/10/15-soal-jawab-orang-kafir-yang.html