Marhaban
(Panduan)
Berselawat, Doa Dan Ucapan Hari Raya I'dilfitri
Teks Selawat Ziarah Hari Raya
Teks Doa Ziarah Hari Raya
Maksudnya
:
“Segala
pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas
junjungan kami Muhammad s.a.w yang semulia-mulia utusan dan juga ke atas
sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
Ya
Allah wahai Tuhan pentadbir seluruh keadaan Tuhan yang maha pemurah dan maha
tinggi kedudukannya, dengan limpah dan kemurahanMu tukarkanlah keadaan kami
kepada sebaik-baik keadaan dan berkatilah kami dan seluruh umat Islam dengan
keberkatan bulan Syawal.
Ya
Allah wahai Tuhan sebaik-baik tempat permohonan, perkenanlah permintaan kami
dan kembalikan lagi peluang kepada kami bulan ini tahun demi tahun dan
tahun-tahun seterusnya dan berkatilah Tuan rumah ini ………… dan seluruh ahli
keluarganya dan panjangkanlah umur mereka dengan iman dan kurniakanlah kepada
mereka rezeki yang halal dan jauhkanlah mereka daripada rezeki yang haram
dengan rahmatMu wahai Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.
Selawat
dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan juga ke atas
sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t
Tuhan pentadbir seluruh alam”.
Teks Ucapan Bermaafan Ziarah Hari Raya
Alhamdulillah
segala pujian khusus bagi Allah serta Selawat
dan Salam untuk
baginda Nabi Muhammad SAW Utusan
Allah yang mulia.
Syukur kehadrat Allah SWT
yang telah mengizinkan kita
menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkah
serta mempertemukan kita dengan
Aidilfitri
di bulan Syawal yang
mulia ini.
Di
kesempatan ini kami rombongan marhaban dan keluarga ingin memanjangkan ucapkan ;
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Disamping itu sekiranya di pihak kami mempunyai sebarang
dosa kesalahan dan kesilapan dari segi
niat, tutur kata, tingkahlaku, dsb. yang menyinggung
perasaan dan hati tuan/puan dan keluarga kami mohon ampun dan maaf
zahir batin awal
dan akhir.
Begitu juga apa-apa yang termakan, terminum dan terpakai, dsb.
oleh kami secara sengaja dan tidak, kami mohon dihalalkan.
Manakala dari pihak kami pula dengan rela
hatinya kami sedia memaafkan sebarang dosa
kesalahan dan kesilapan tuan/puan terhadap kami sekeluarga.
Semoga dengan berkah
Ramadhan & Syawal ini kita semua
mendapat keampunan dan balasan yang baik
daripada Allah SWT, mendapat perlindunganNya,
keselamatanNya, ditetapkan iman dan
Islam, dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, murah rezeki serta
diberi kebaikan hidup di dunia dan akhirat, Insyallah. AMIN
Assalamualaikom n selamat hari raya, pohon copy ya. terima kasih tq yaani in love
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian tuan.. semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan tuan jua.. ameen..
ReplyDelete