Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Wednesday, 15 January 2014

PENCERAHAN TERHADAP KISAH NABI MENYEBUT “Ummati, Ummati, Ummati”

PENCERAHAN TERHADAP KISAH NABI MENYEBUT
“Ummati, Ummati, Ummati” Semasa Hampir Wafat.

ISU:
Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, ummati..” ketika hampir wafat adalah kisah yang tidak benar?

PENJELASAN:

Kisah kewafatan Nabi Muhammad SAW adalah satu peristiwa yang sangat besar dan perincian peristiwa tersebut telah direkodkan secara bersanad oleh para ulama hadis. Justeru, sebarang perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada baginda termasuklah peristiwa kewafatan baginda, hendaklah dinilai kesahihan atau kedaifannya melalui kaedah ilmu hadis.

Berkenaan dengan perkataan “Ummati, ummati...” (Umatku, umatku...) yang dikatakan disebut oleh Nabi SAW ketika hampir wafat, kisah ini tidak didapati dalam sumber-sumber hadis yang muktabar di sisi Ahli Sunnah.

Namun, perkataan “Ummati, ummati ...” disebut oleh baginda dalam beberapa hadis lain yang tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan baginda.

Antaranya hadis tentang syafaat di akhirat yang menyebut bahawa baginda menyebut “Wahai Tuhanku, Ummati, ummati”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadis bahawa Nabi membaca beberapa potong ayat Quran lalu menyebut “Ummati, ummati..” sambil menangis. (Riwayat Muslim).

Kedua-dua hadis sahih tersebut tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan Nabi SAW. Manakala kisah kewafatan baginda, tidak ada riwayat sahih yang merekodkan bahawa baginda menyebut, “Ummati, ummati” sebelum kewafatannya.

Adapun (hadis) yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Mukjam Awsat, dan juga Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya (4/73) bahawa baginda berkata sebelum wafat:

من لأمتي المصطفاة من بعدي
Hadis tersebut dinilai dhaif oleh ulama hadis. Antaranya Al-Hafiz al-Iraqi di dalam kitab al-Mughni ‘An Haml al-Asfar Fi al-Asfar (m/s 1849) mengatakan, “Sanadnya dhaif”.

Wallahu A’lam.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/blog/dakwaan-kisah-nabi-saw-menyebut-ummati-ummati-ketika-hampir-wafat
Submitted by FatwaMalaysia on 10 December 2013 - 11:44am


KISAH SAHIH RIWAYAT DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH SAW
Sila   KLIK SINI

Tuesday, 26 November 2013

Tazkirah Subuh Yang Memberi Keinsafan - Nikmat Paling Besar

Nikmat Paling Besar


Apabila kita telah mengetahui bahawasanya Allah SWT mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapNya maka dari itu kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat Islam.

Apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan maka dia dimatikan dalam beragama Islam. Nabi kita pernah berdoa ; “Wahai yang menetapkan hati-hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu”. Nabi Saw telah pun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman orang yang malamnya Muslim, dan paginya kafir  atau paginya dia kafir, dan petangnya dia beriman.

Hari ini kita melihat di sekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat, penipuan dan perkara yang meragukan dan yang berbentuk syahwat yang membangkitkan nafsu. Tidak syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling (dari agamanya).

Allah yang Maha Tinggi apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam Islam. Setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan ada gantinya (dari Allah) kecuali agama (maka tiada gantinya).  Apabila Allah mencintaimu maka dia akan menetapkan kematianmu di dalam Islam supaya engkau mati dalam Islam. Jadikanlah hatimu gembira tatakala engkau menyembah Allah.

Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian dia merasa gembira menghadirinya. Kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dari kegembiraan ini. Bagaimana engkau tahu bahawa engkau (tetap) di atas Islam ialah apabila engkau merasa gembira tatakala aengkau mentaati Allah.

Janganlah dilakukan sesuatu ibadah itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukanlah sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.  Allah tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat.

Matilah dalam keadaan Islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik daripada mati dalam kekufuran sebagaimana disebutkan dalam doa para solehin “ Ya Allah sesungguhnya aku mencintaiMU walaupun aku bermaksiat kepadaMu”. Dan seorang sahabat yang mulia Amru ibn al-ash tatakala hampir waktu kewafatanya berkata ;”  Ya Allah aku bukanlah seorang yang lepas (dari dosa) maka aku memohon pengampunanMU dan bukanlah aku orang yang kuat (dalam beribadah) maka aku mohon pertolonganMu dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali (pertolongan) Allah”.

Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah setelah engkau keluar masjid hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah membangunkanmu dai tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapanNya dan membawa engkau bergerak menuju rumahNya (masjid). Inilah yang kita harapkan mereka yang apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka ditetapkan dan dimatikan di atas agama dan tidak ada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraannya terhadap Islam.


Sebagaimana semua telah tahu bahawa seorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikanya seorang Muslim. Kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan Muslim iaitu Allah memberi kita Islam tanpa kita memintanya maka semoga Allah mengurniakan kepada kita syurga tatakala kita memintanya.


Tuesday, 27 November 2012

TAKTIK PENJENAYAH KE ATAS ORANG PEREMPUAN


WASPADA !!!
TAKTIK PENJENAYAH KE ATAS ORANG PEREMPUAN


NASIHAT untuk orang perempuan dan gadis-gadis JANGAN mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali dan lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.  Orang perempuan JANGANLAH `peramah dan mesra' sangat dengan orang lelaki.

Di sini didedahkan satu taktik kotor penjenayah yang yang memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas gadis-gadis atau orang perempuan terutama pelajar sekolah. 

Gambar Di bawah menunjukkan cara bagaimana air kotak  minuman disuntik dengan bahan pengkhayal/perangsang  dsb.  Kemudian digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Jika mangsa terminum apa akan terjadi? Nauzubillah ...


Tuesday, 6 November 2012

Pelancaran Rasmi Blog Surau As-Syakirin Sri Bengkal Batu Pahat

 Pelancaran Laman Blog 
Surau As-Syakirin Sri Bengkal

Assalaamualaikum Warohmatullaah,

Kepada ;
Semua Jemaah Kariah Surau As-Syakirin Sri Bengkal, Sri Gading, Batu Pahat, Johor,  dan 
Kepada Insan-Insan Yang Berminat Dengan Laman Blog Ini.

Tuan/Puan,

Per : Makluman Pelancaran Laman Blog Surau As-Syakirin Sri Bengkal
Dengan Lafaz "Bismillaahir Rohmaanir Rohiim" Secara Rasminya Saya Amir Bin Yem (AJK Penerbitan & Teknologi Maklumat) Selaku Pentadbir Laman Blog Ini Dengan Salam Ta'zim Dan Rendah Diri Melancarkan Blog Ini Untuk Dimanfaatkan Oleh Para Jemaah Kariah Surau Ini Dan Kepada Semua Yang Berminat Untuk Mengikuti Bahan-Bahan Yang Tersiar Atau Akan Disiarkan Di Laman Blog Ini.

LAMAN BLOG INI BOLEH DICAPAI DI ALAMAT ;

2.      Sebagai Makluman Semua Hasrat Untuk Melancarkan Blog Ini Telah Dimaklumkan Dan Dipersetujui Oleh Encik Mohd Noh Bin Ismail Selaku Pengerusi Surau As-Syakirin Dalam Suatu Perbincangan Sebelum Ini.

3.      Selaku Pentadbir Laman Blog Ini, Saya Amat Mengalu-alukan Sumbangan Bahan/Artikel Ilmiah Islamik Dan Motivasi Mengikut Kreativiti Anda Untuk Dimuatkan Dan Dikongsikan Manfaatnya Dalam Laman Blog Ini. Segala Bahan/Artikel Boleh Dihantar Ke Alamat 
E-mail : assyakirinsurau@gmail.com

Semoga Usaha Yang Kerdil Dan Tak Seberapa Ini Ada Manfaatnya, Amin.

Sekian, Terima Kasih.


Yang benar,
AMIR BIN YEM
Tarikh : 21hb. Zulhijjah 1433H (06/11/2012)